
norasiah.muhamad03
5 tahun
Sakit perut belah kiri dan cirit birit
Saya berumur 40 tahun, sejak akhir-akhir ini saya selalu sakit perut di bahagian kiri. Sakinya berasa pedih dan tidak selesa, saya juga jadi cirit birit sekiranya sakit perut ini datang. Saya sudah mendapatkan rawatan ke klinik dan ada makan ubat otot, angin dan sakit perut, namun semuanya bagai tak berfungi bila sakit ini datang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kiri beserta cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang divertikula (divertikulitis)
- Penyakit radang usus
- Kanser usus - faktor risiko seperti umur, sejarah kekeluargaan, cirit-birit berdarah
- Masalah hormon seperti hipertiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.