Sulit
5 tahun
Sakit perut berlarutan hampir 3 minggu
Hi. Saya seorang wanita dan berumur 21 tahun. Saya mengalami sakit perut dibawah perut dan sukar untuk membuang air besar dan kentut yang hampir 3 minggu. Selalunya saya sakit perut setelah cuba untuk membuang. Kadang-kadang sakit perut itu sampai buat sakit dada, sakit pinggang dan hingga nak demam. Selalunya sakit masa tengahari, petang dan tengah malam. Saya juga dah berjumpa doktor di klinik, saya dibagi ubat sembelit sahaja. Adakah saya hanya sakit sembelit?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami iaitu:
- Sembelit
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
- Usus tersumbat
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.






























