Sulit
4 tahun
Sakit perut berlarutan, muntah berdarah, sesak nafas
Saya mewakili kenalan saya, dia seorang lelaki berusia 21 tahun, dia mengalami depresi dan telah pun berjumpa doktor dia hospital kerajaan dan juga klinik swasta. Segala ubat ubatan telah diberikan selama lebih kurang seminggu lebih ini. Namun saya risau tentang kondisinya yang sekarang sering sangat sakit perut yang berlarutan dan loya serta muntah-muntah. Adakah kerana kesan sampingan ubatan tersebut? Jika ya, bagaimana ye mahu mengurangkan kesakitan berikut? Jika tidak, bolehkah doktor terangkan mengapa boleh terjadi dan bagaimana untuk atasinya? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang kenalan anda hadapi iaitu sakit perut yang disertai dengan gejala lain seperti muntah-muntah. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, pihak anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan komplikasi dehidrasi/ akibat daripada kehilangan air dalam badan. Doktor juga akan menentukan alternatif ubat jika didapati ianya disebabkan oleh ubat-ubatan tersebut. Sukar untuk kami menentukan penyebabnya sebelum membuat pemeriksaan yang teliti.
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut .





























