
Sulit
4 tahun
Sakit perut berpanjangan diikuti dengan sakit belakang badan air liur berdarah
saya lelaki berumur 21 ,saya telah sakit perut yang berpanjangan selama 3 bulan diikuti air liur yang berdarah secara berkala … bila saya sakit perut je mesti saya rasa macam ada darah bila saya keluarkan air liur saya memang ia berdarah . saya dah pergi klinik berjumpa doktor tapi selalu mereka kata saya kena gastrik , saya dah makan ubat gastrik banyak kali tapi masih tiada perubahan …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, terdapat kemungkinan bahawa masalah sakit perut dan perut kembung berikut boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah ;
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih