zackliza1978
2 tahun
Sakit Perut dan Cirit Berterusan
Saya lelaki berumur 38 tahun, pada 14 Mac 2020 saya mengalami gelaja demam,batuk sakit sendi. Pada 16 Mac 2020 saya mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad di KPJ Penang atas suspect denggi. Ujian akhir adalah viral fever. Pada 17 Mac 2020 saya mula sakit perut yang biasa. Setelah discharge dari wad pada 18 Mac 2020, gejala sakit perut semakin kerap (4 kali sehari). Ia berterusan sehingga sekarang dengan 4-5 kali kekerapan sakit perut atau cirit birit kerana kumbahan cair. Sekarang sudah masuk minggu ke 4 saya cirit birit dan tidak berani ke hospital takut dijangkiti Covid-19.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit-birit ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Jangkitan virus seperti rotavirus
Kesan sampingan ubat-ubatan
Alahan kepada makanan
Radang usus
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi kerana hal ini sudah berlanjutan untuk masa yang laman.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih