
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan susah buang air besar
hai doc, saya wanita masih remaja, sejak menjak ini saya susah untuk buang air besar saya dapat buang air besar apabila saya minum detox sahaja dan hari ni saya baru rasa sakit perut berangin. saya pernah gastrik jadi penyakit apa yang saya hadapi ini doc. adakah saya perlu minum detox itu setiap hari dan detox ada kebaikan ke doc? tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit perut dan susah buang air besar, sembelit, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit gastrik
- Makanan kurang berserat (kurang sayuran dan buahan)
- Minum air yang tidak mencukupi
- Sindrom iritasi usus
- Jangkitan usus
Air detox adalah air yang telah diselitkan dengan buah-buahan, sayur-sayuran, atau ramuan herba. Air detox ini adalah petua diguna untuk masalah sembelit, namun, kami tidak mempunyai data saintifik yang mencukupi untuk menunjukkan faedahnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya dapatkan penjelassan atau rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.