
cheritachucks
6 tahun
Sakit Perut dan Usus
Assalamualaikum dan Selamat Tengahari.
Dr, saya pernah terkena jangkitan kuman H.Pylori pada tahun 2016 dan telah mendapat rawatan dan diberi antibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Alhamdulillah selepas mengkonsumi antibiotik, simptom yang saya alami telah hilang secara keseluruhan.
Pertanyaan saya adalah :
Adakah kuman tersebut telah mati keseluruhannya kerana simptom telah hilang?
Masih ada kemungkinan untuk diserang kembali oleh kuman tersebut?
Sekian soalan saya

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, kadar kematian kuman tersebut secara keseluruhannya adalah sukar dipastikan. Namun ketiadaan simptom menunjukkan kuman tersebut tidak lagi aktif dan mengganggu sistem pencernaan anda.
Terdapat kemungkinan jangkitan kuman ini boleh berulang. Oleh itu anda disarankan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dan segera merujuk kepada doktor jika gejala yang sama berulang.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!