Sulit
6 tahun
Sakit perut di ulu hati dan ari ari
Saya kerap sakit perut di bahagian ulu hati dan ari ari,apabila saya tekan perut di bahagian ulu hati terdapat rasa spt ketulan, sesetengah org brkata ia adalah ketulan angin?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut ini mempunyai pelbagai punca. Antara punca yang biasa dialami oleh kebanyakkan orang adalah:
- Asid refluks (gastrik)
- Masalah hempedu - seperti keradangan , jangkitan kuman atau batu karang
- Radang apendiks - disertai gejala seperti demam dan sakit yang teruk
- Masalah organ pankreas - seperti radang pankreas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti durasi kesakitan dan gejala lain serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































