
Anonymous
5 tahun
Sakit perut dibahagian kiri tepi pusat
Saya mempunyai anak perempuan yg berumur 8 tahun.sejak dia berumur 6 tahun,dia sering mengadu sakit perut dibahagian kiri sebalah pusat.setiap kali pemeriksaan di klinik,scan dan ujian air kencing tidak menunjukkan apa2 penyakit yg serius.hanya pernah sekali bila ujian darah menunjukkan sel darah putih die meningkat.itu yg membuatkn dia sakit.yg selainnya doc hanya menyatakan dia kencing kotor dan angin(mungkin gastrik).saya cuma muskil kerana sejak dari dulu dia mengadu sakit perut sehingga sekarang dan berharap ada jawapan untuk saya mengetahui kenapa sakitnya berlarutan smpi sekarang.pada pendapat doc perlukah saya membuat full medical check up utk mengetahui sakit sebenar dan apa pandangan doc tentang sakit perut anak saya.adakah simptom2 penyakit yg lain? Buat pengetahuan doc,ayahnya (suami saya) telah meninggal dunia pada usia anak sya 6 thn(2017) kerana mengidap penyakit kanser Liposarcoma.sy berdoa dan berharap agar ank tidak mewarisi penyakit genetik keluarga.mohon doc dpt mengulas tentang sakit ank sy.ats bantuan doc,sy ucapkan terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bagi sakit perut bahagian kiri boleh disebabkan oleh :
- Ada sesuatu yang mengganggu organ dalam perut; seperti gas yang menyebabkan ketidakselesaan dan sakit perut.
- Otot perut tegang , misalnya selepas kanak-kanak itu muntah teruk.
- Kesakitan di bahagian badan lain yang dapat dirasakan di perut
- Intusseption (Sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat)
- Jangkitan seperti jangkitan telinga atau apendisitis boleh menyebabkan sakit perut.
Bagi menjawab persoalan puan tentang kanser ‘liposarcoma’ itu, kanser ini jarang berlaku dan tiada maklumat terperinci yang kanser ini merupakan penyakit genetik keluarga.
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.