
raudah
6 tahun
Sakit perut masa haid
Sakit perut masa haid ni sebab kanser ke doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.
Sakit perut merupakan salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh warga perempuan semasa kedatangan haid. Gejala ini bukanlah disebabkan oleh kanser.
Perubahan hormon yang berlaku semasa kedatangan haid akan menyebabkan otot-otot di dalam rahim untuk mengeras untuk membuang darah di dalam rahim. Selain itu, perubahan hormon tersebut akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap kesakitan.
Oleh itu, warga perempuan akan mengalami sakit perut semasa kedatangan haid. Sakit perut yang teruk semasa kedatangan haid boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kondisi lain seperti:
- Endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- Fibroid
- Adenomyosis
- Jangkitan rahim
Secara amnya, kanser jarang menyebabkan sakit perut semasa haid. Kanser rahim atau kanser pangkal rahim biasanya menyebabkan perdarahan haid yang tidak tentu atau perdarahan faraj selepas menjalin hubungan kelamin.
Perdarahan faraj yang berlaku selepas menopos merupakan salah satu tanda amaran barah. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, wanita yang berusia 30 tahun dan ke atas, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami leiomyoma sekiranya individu tersebut mengalami:
- Pendarahan period yang banyak
- Sakit period yang terlampau
- Kekerapan membuang air kecil
- Kesukaran untuk mengandung
- Perut yang besar
Leiomyoma adalah sejenis ketumbuhan yang tak berbahaya yang melibatkan dinding rahim dan ia juga dikenali sebagai fibroid.
Segelintir yang kecil boleh bertukar menjadi jenis yang berbahaya iaitu leiomyosarcoma. Punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya dan kajian membuktikan bahawa fibroid berkaitan rapat dengan hormon wanita seperti estrogen dan progesterone.
Fibroid boleh dirawat dengan pil hormon atau pembedahan. Terdapat dua jenis pembedahan iaitu pembedahan untuk mengelurkan fibroid sahaja dan pembedahan yang mengeluarkan seluruh rahim.
Jenis pembedahan bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid. Jika gejala masih berterusan walaupun dengan pengambilan ubat tahan sakit semasa haid, Cik/Puan diharapkan dapat bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.