
Sulit
3 tahun
Sakit perut mendadak dan tidak selesa
Saya umur 24 tahun. Saya tiba-tiba mengalami sakit perut yang apabila saya bergerak kiri atau kanan akan makin sakit. Saya hanya baring setempat tak bergerak. Kalau tidak makin sakit. Kalau aaya tekan perut jg makin sakit. Saya telah makin ubat gastric tapi masih sama. Saya cuba buang air besar tapi tidak dpt. Saya ada rasa ingin muntah tapi seolah2 tersekat. Sakit dibahagian perut rasa menyeluruh dari bawah dada hingga bawah perut. Boleh saya tahu kenapa dan adakah ini serious

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- Keracunan makanan
- Diverticulitis (radang pada kantung usus)
- Gastrik
- Asid refluks
- Ulser perut
- Usus tersumbat
- Jangkitan kuman dan bakteria
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.