
Sulit
3 tahun
Sakit perut, muntah
Salam, hi doktor. Bermula dari anak buah saya sakit perut dan muntah. Dah ke klinik dan doktor kata sebab keracunan makanan. Selepas itu seorang demi sorang ahli keluarganya turut sakit perut dan muntah muntah. Berlaku pada hari yang berlainan dan berantai…Sekarang dah lebih 7 hari sejak anak buah pertama yang kena, dan mula menjangkiti seorang demi seorang ahli keluarga kami yang lain. Soalan saya apakah sebenarnya punca dan nama jangkitan yg kami lalui ni. Apakah menyebabkan jangkitan berlaku sehingga menyebabkan seorang demi seorang daripada kami menunjukkan simptom mual, angin, cirit birit. Risau untuk berjumpa orang lain takut berjangkit juga

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keluarga anda mungkin telah dijangkiti dengan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori). Ia membiak dalam saluran pencernaan dan cenderung menyerang lapisan perut seterusnya menyebabkan jangkitan dalam perut atau bahagian pertama usus kecil. Bagi segelintir orang, ia tidak menyebabkan tanda-tanda atau gejala dan tidak membawa apa-apa komplikasi, namun bagi orang lain bakteria ini boleh membawa kesan serius seperti ulser serta kanser perut.
Jangkitannya disebarkan menerusi mulut pembawa atau penghidap kepada individu lain. Ia juga dikatakan dipindahkan melalui najis tercemar ke mulut yang berlaku apabila seseorang tidak mencuci tangan dengan bersih selepas menggunakan tandas. Bakteria ini turut tersebar daripada sentuhan dengan makanan atau minuman tercemar. Bakteria ini dipercayai menyebabkan masalah dalam perut apabila ia menembusi lapisan mukus perut dan menghasilkan sebatian yang meneutralkan asid perut. Ini membuatkan sel perut mudah rapuh terhadap asid yang keras.
Asid perut dan bakteria kemudian menyebabkan keradangan pada lapisan perut serta mengakibatkan luka atau ulser peptik (ulser gastrik) dalam perut atau duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Malangnya, bakteria ini mampu beradaptasi dan membiak dalam persekitaran berasid dalam perut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor