
amalnaisyh
5 tahun
Sakit perut pada bahagian kanan dan tengah abdomen
Saya remaja perempuan berumur 17 tahun , saya mengalami sakit perut yang teramat sangat di bahagian kanan dan tengah abdomen . Saya juga mengalami sakit di bahagian sendi dan demam pada waktu maghrib hampir setiap hari . Saya juga selalu berasa letih dan sakit kepala . Saya mengalami cirit-birit dan sembelit berselang-seli . Kekejangan pada perut juga turut saya alami dan pada waktu pagi dan tengah malam , perut saya terasa sangat sakit .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kanan boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Mesentri adenitis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Gejala awal bagi diabetes jenis 1
- Bagi wanita - kehamilan ektopik/Penyakit radang pelvis/ovulasi
Sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, najis berdarah ataupun kurang berat badan secara drastik, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.