
Sulit
3 tahun
Sakit perut, pening, cirit birit , mulut kering, sakit apabila membuang air kecil, sakit apabila bergerak
Saya perempuan 18 tahun dan saya mengalami sakit perut sebelah kanan, sakit kepala/demam kadang2 muncul dan menghilang, cirit birit, sakit apabila membuang air kecil, sukar untuk bergerak kerana perut yang sakit serta mulut yang kering. Apakah pandangan Dr terhadap situasi tersebut? Adakah ianya perkara yang kritikal? dan apakah cara untuk mengubatinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Gastrik
- Ulser perut
- Divertikulum
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan appendiks
Justeru, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi