Sulit
6 tahun
Sakit perut pesakit buah pinggang
Salam, saya nak tanya, ayah saya seorang pesakit buah pinggang & diabetes. Baru baru ini ayah mengalami sakit perut. Adakah ianya disebabkan oleh buah pinggang ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut ini mempunyai lebih dari 20 diagnosis. Oleh itu maklumat tambahan diperlukan seperti adakah ayah anda baru makan di luar, adakah diabetes tersebut memerlukan insulin, sakit perut dikanan atau kiri dan banyak lagi persoalan dan pemeriksaan yang diperlukan bagi mengenalpasti diagnosis. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























