Sulit
2 tahun
Sakit perut rasa mencucuk atas bahagian pusat
Saya Shariez umur 25 tahun mula sakit perut 19/6/21 hingga sekarang hri ketiga kadang-2 sakit macam mencucuk bahagian Perut membuatkan saya rasa keletihan hingga demam . Mnta tlong doctor beri penerangan terima kasih doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami faham bahawa anda mempunyai masalah sakit perut mencucuk di atas bahagian pusat. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah sakit perut mencucuk ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Gerd
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih