zyllahamzah
4 tahun
Sakit perut sebelah kanan bawah
hai, Saya telah mengalami sakit perut sebelah kanan secara tiba2 pd isnin 20/1. Dah terus ke klinik berdekatan utk rawatan. Doc suspect appendix Dan klrkan Surat ke hospital segera. Then Saya ke hospital utk dapatkan rawatan, Setelah 8 jam lebih , doc kata urine Saya rejected sebab ada masalah teknikal. Doc x blh justify sakit Saya. Then saya di bekalkan ubat gastric/demam & food poisoning. Then Saya ke klinik sekali lg, doc suspect appendix jugak. Sebab terlampau sakit, Saya decide balik rumah Dan makan ubat tahan sakit Dan tidur. Tp Malang nya sakit Saya berterusan on off. Adakah ini appendix atau masalah sembelit ? Saya trauma nak ke GH sebab masa Saya dapatkan rawatan, Saya di biarkan 8 jam sementara nak tnggu result darah & urine tanpa sebarang ubat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, appendisitis adalah sejenis keradangan bahagian di hujung usus. Oleh kerana ia adalah keradangan yang terjadi disebabkan sumbatan, dikhuatiri akan terjadi jangkitan sekiranya dibiarkan. Justeru, tindakan pembedahan harus dilakukan sebelum terjadi komplikasi yang merbahaya untuk nyawa seperti:
- Peritonitis apabila appendiks pecah
- Sepsis iaitu suatu keadaan bilamana jangkitan kuman masuk ke dalam darah dan boleh menyebabkan shock
- Menyebabkan pembentukan abses (nanah) dalam perut
Justeru, appendsitis tidak boleh diubati tanpa pembedahan. Pengambilan ubat hanyalah bertujuan untuk meredakan gejala sementara sahaja. Sebaiknya anda segera ke doktor lagi untuk dirawat dan diperiksa ulang. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.