Anonymous
6 tahun
Sakit perut sebelah kanan
saya wanita 20-an… saya mengalami sakit perut pada bahagian sebelah kanan hampir empat hari…saya dapat membuang air besar seperti biasa… saya akan berasa sakit bila bergerak buat aktiviti seperti berjalan, tidur mengiring, mengemas…bahagian perut sebelah kanan tuu juga tidak boleh disentuh… apakah masalah yang saya hadapi ini ye??
terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih





























