
Sulit
4 tahun
Sakit perut semasa ditekan
saya wanita berusia 34 tahun.kran perut semasa akan buang air besar.sakit perut semasa ditekan dan selepas buang air besar saya tekan tak sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Untuk makluman anda, sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan.
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan.
Anda disarankan untuk mengawasi sakit perut yang anda alami, sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit belakang, pendarahan atau cramp perut yang kerap seperti selang beberapa minit, adalah sebaiknya anda merujuk segera perkara ini dengan doktor.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih