
Sulit
4 tahun
Sakit perut seperti nak period
Salam sejahtera, saya nak tanya, saya dah cek UPT dan positif. So saya terus ke klinik untuk dapatkn confirmation. Tapi doktor beritahu saya dalam scan tak dapat detect ada baby. So doktor suruh saya repeat untuk scan dalam tempoh 2 minggu. So saya nak tanya, adakah normal kalau perut saya rasa tak selesa seperti nak datang period tapi tak keluar darahnye. Doktor ada pesan pada saya, kalau sakit pada ari-ari atau bleeding, kena terus pergi ke hospital. Tapi saya tak ada bleeding. Cuma rasa tak selesa seperti nak period je. Tapi rasa tu sekejap ada, sekejap hilang. Adakah normal. Dan kalau normal, sampai bila rasa tu akan hilang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala sakit seperti senggugut pada waktu kehamilan awal sama ada dengan pendarahan ataupun tidak mungkin boleh disebabkan oleh keguguran yang mengancam kehamilan anda, terutama sekali jika terdapat pendarahan. Namun, senggugut tersebut bukan lah khusus pada keguguran, malah ia juga merupakan salah satu perkara yang biasa berlaku pada waktu kehamilan awal. Ini adalah disebabkan oleh penyuaian janin ke dalam dinding rahim melalui penumbuhan uri bayi.
Oleh itu, anda tidak perlu bimbang untuk sementara waktu ini dan sila pantau jika sakit tersebut semakin teruk ataupun jika terdapat pendarahan yang berlaku. Sila pastikan anda mengamalkan gaya hidup dan permakanan yang sihat, serta mengawal gejala stres dan mencukupi waktu tidur dan rehat bagi mendapatkan kehamilan yang lancar.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.