Sulit
4 tahun
Sakit perut tanda2 period tapi period xdatang
Sy umur 17 sy slalu sakit perut bhgian kiri sblum period. Sy kira itu tnda2 nk period tp ambil mse dlm 4/5 hari bru dtgnya period. Tp bile period, senggugut tu msih ad utk hari pertama dn kedua. 2bulan dh sy alami mcm tu. Adkh itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Keradangan usus
- Keradangan pelvik
- Kandungan luar rahim
- Batu karang
- Jangkitan kuman pada usus
- Sindrom pra haid (PMS)
Untuk mengetahui penyebab sebenar gejala yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sekiranya sakit anda masih lagi berlarutan, sila ke klinik atau hospital bagi mengetahui kondisi sebenar dan mendapatkan rawatan lanjut.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih






























