
idadaridah
6 tahun
Sakit perut teruk sepanjang ramadhan
Saya berusia 30 tahun.baru2 ni saya mengalami sakit perut yang hampir tiap hari.saya masih beepuasa seperti biasa.tapi lepas waktu berbuka perut yang sakit bertambah2 sampai saya berpeluh dan menangis.apa masalah saya doc?adakah itu gastrik atau sakit lain.sekian terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini[(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi.
Terdapat pelbagai punca sakit perut dan ia boleh berpunca daripada perut, usus, buah pinggang, pundi kencing, organ reproduktif, otot, saraf dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih