
Anonymous
5 tahun
Sakit perut usus kanan
Assalamualaikum…sy seorang wanita berusia 25 sy ingin bertanya kepada yang lebih arif berkenaan sakit yg kerap sy alami…setakat ni sy belum ada buat apa2 lagi pemeriksaan dgn mana2 hospital…ok sy selalu merasakan senak ada kerap sukar bernafas baik dalam keadaan letih atau tidak…sy kerap kali juga merasakan sakit pada ulu hati dan sakit pada perut bawah rusuk kanan…susah nak buang air besar ada kala jika nak buang air kecil kadang ia tak mampu di tahan ia bagi kesan selepas membuang tu nak bangkit tulang belakang tak dpt tegak…kadang muntah mengeluarkan cecair kuning yg pahit…dan sy baru perasan juga ada sesuatu di bahgian perut belah kanan keras dan sangt sakit…boleh kata kadang kerap kali juga rasa sakit…bila tidur atau mereng ke kanan akan terasa sakit benda tu…lagi2 kalau tengah tarik dan hembus nafas lagi sakit…sampai ke belakang juga nyerinya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang kepada pundi hempedu
- radang kepada pankreas
- batu dalam pundi hempedu
- gastrooesophageal reflux (asid eperut naik ke atas)
- peptic ulcer disease(penyakit perut luka)
simptom yang puan alami adalah berkemungkinan besar adalah radang pada pundi hempedu (cholecystitis), anda perlulah pergi ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya untuk memastikan sama ada anda memerlukan pemberdahan ataupun tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.