Anonymous
6 tahun
Sakit Perut yang rasa menekan di dalam perut
Doktor nak tanya , kawan saya mengalami sakit perut yang teruk. Sakit perut tu lebih kepada rasa seperti perut ditarik dari dalam menekan dan perit , apabila baring sakit tu menjadi2 . Kawan saya ada gastrik juga sebelum . Pada pandangan doktor sakit dia biasa atau ada masalah dalaman perut?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan diperlukan bagi mngenalpasti punca masalaha perut yang rakan anda alami seperti jantina, umur dan sejarah kesihatan. Sakit perut yang lain dari kebiasaan seseorang boleh terjadi akibat:
- Radang apendiks
- Penyakit Ulser Perut - penyakit asid refluks (gastrik) adalah salah satu risiko
- Radang pankreas - gejala lain seperti cirit -birit dan muntah
- Bagi wanita - fibroid pecah, endometriosis, kista(cyst) ovari terbelit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























