
Sulit
4 tahun
Sakit perut yang tidak sembuh
Hye doctor, saya nak minta advice, saya sejak setahun kebelakangan ni kerap sakit perut, tak selesa, tapi mild saja tak teruk, saya dah buat ultrasound, dah buat endoscope and colonoscope, doctor pakar saya kata semua nampak okay except for mild gastric and sikit buasir, saya ada on ubat for gastric and buasir, tapi masalah saya mcm tak selesai, saya still sakit perut, saya ada buat ujian darah with private institution, dlm ujian darah ada 2 benda yang nmpk abnormal, which is platelets low and CA19-9 tumor marker high, dah refer pada doctor saya, dia kata takda yang membimbangkn mcm kanser/ tumor based on the scan and scope, soalan saya, ada ke contoh cancer organ (etc: pancreas/liver) yang not involve the size of the organ, means size semua looks normal tapi sebenanarya ada cancer, is that possible? or do I need a CT Scan to see whats happening? and any advice from doctor untuk kerisauan saya ni? tq so much doctor!

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat kanser yang sukar untuk dikesan pada peringkat awal dan jika tumor tersebut terlalu kecil akan menyebabkan kesukaran untuk mengesan melalui pemeriksaan fizikal. Untuk mengesan kanser, doktor anda akan mengesan melalui ujian fizikal, ujian imbasan dan ujian darah. CT scan boleh dilakukan jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai kanser. Saya nasihatkan anda untuk memantau kesihatan anda jika mempunyai gejala-gejala lain yang berlaku seperti:
- Kehilangan berat badan
- Pucat
- Lemah dan tiada tenaga
- Kurang selera makan
- Loya dan muntah
- Benjolan di bahagian leher, ketiak, perut atau pangkal paha
Antara penyakit yang boleh membuat sakit perut adalah:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Keradangan usus
- Usus tersumbat
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.