
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang terutamanya waktu malam
Saya perempuan awal 20an. Akhir2 ni saya sakit pinggang yang teramat sangat. Memang selama ni saya selalu sakit pinggang kalau nak period tapi tak sesakit ni. Biasanya lenguh2 biasa je. Kali ni sakit sampai susah nak gerak, sampai pening2 bila urut pinggang tu. Yang peliknya waktu siang jarang jadi. Tak kerap. Kalau malam je start sakit. Bila urut rasa berpusing2. & bila urut, pinggang kiri terasa sakitnya, bila belah kanan tu takda rasa apa sedangkan lenguh2 tu dari pinggang kanan. Saya tak pernah ada history sakit pinggang yg serious ke apa sebelum ni. & saya dalam 1 tahun baru kerja wajib pakai kasut tinggi. Itu pon saya akan pakai kalau berjumpa dengan client sahaja. Dalam 3 jam sahaja daripada 8jam tu. Kalau tidur sekarang ni saya akan lapik bantal tinggi dari kepala untuk selesa. Kalau tak lapik, tak selesa nak tidur. Boleh saya minta pendapat DoctorOnCall?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot pinggang dan tulang belakang - mengikut sejarah kesihatan dengan pemakaian kasut tumit tinggi anda, berkemungkinan badan anda mempunyai tekanan yang lama dan menyebabkan ketegangan otot
- Masalah ovari - seperti ovari terbelit, kista dalam ovari atau pendarahan endometriosis
- Masalah saluran air kencing dan buah pinggang - seperti batu karang atau jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.