
fatinizzaty9057
5 tahun
Sakit pruh dibahagian kiri bawah
Saya wanita dalam 20an dan saya mengalami sakit perut dibahagian kiri bawah. Sakit yang saya alami tidak berlarutan tapi dia akan datang secara tiba tiba. Dia tidak akan rasa sakit pada waktu yang lama . Dan saya jugak tidak datang bulan yang agak lama dan saya pernah berjumpa dengan doktor . Tapi apabila doktor scan tiada apa apa. Tapi sakit tu masih ada sehingga sekrang .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan simptom-simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punca yang bermungkinan menyebabkan sakit perut di bahagian kiri. Antaranya adalah:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing - Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.