
Sulit
4 tahun
Sakit Punggung Kanan
Saya berumur 28 tahun. Telah melahirkan 2 anak. Saya terasa sakit di bahagian punggung kanan sekitar 2 minggu. Keputusan x-ray saya tiada masalah doctor kata. Doctor saran kan saya makan painkiller untuk seminggu untuk rehatkan otot/urat. Tapi sakit tu masih tak hilang & painkiller dah pun habis dimakan. Bersin & batuk pun terasa sakit. Apakah itu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit punggung kanan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Otot terseliuh
- Sciatica , dimana saraf kepada otot kaki dan punggung menjadi terganggu.
- Keradangan pada ruangan sendi atau ruangan cecair sendi ( Bursitis )
- Hernia cakera tulang belakang (penghasilan belon daripada cakera)
- Penyakit degeneratif cakera
- Sindrom Priformis. Ini adalah penyakit dimana saraf kepada kaki dan punggung disekat oleh otot Piriformis
- Kecederaan pada tulang belakang, saraf atau otot.
- Penyakit penyekatan terowong tulang belakang. (Menyebabkan saraf tulang belakang terganggu)
Tempuhi aktiviti harian anda yang lasak tanpa menghiraukan masalah sakit tulang dan sendi!
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diinginkan.
Untuk mengetahui info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.