Sulit
4 tahun
Sakit seakan segugut
Saya wanita berusia 30 tahun pernah 2x keguguran…period bulan ni lambat… Dan hari ke3nya sya cek UPT didapati POSITIF & today keluar darah seakan period…adakah kandungan saya gugur?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, disebabkan keguguran yang berulang kali, puan merupakan wanita yang berisiko tinggi dan memerlukan perhatian perubatan intensif untuk kandungan seterusnya. Pihak kami cadangkan puan untuk berjumpa doktor secepat mungkin.
Ujian UPT walaupun sangat tepat, puan masih memerlukan mendapatkan kepastian melalui ujian darah dan pemeriksaan ultrasound. Doktor juga perlu menjalankan pemeriksaan status kesihatan puan. Selain itu, pendarahan sedikit pada awal kehamilan mungkin disebabkan proses persenyawaan yang normal.
Sila bertanya kepada doktor pakar wanita untuk mengetahui punca keguguran berulang agar rawatan dapat diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.