
Sulit
4 tahun
Sakit sebelah badan sebelah kiri
saya wanita 45 tahun, sakit kepala,senak mata, tidak selesa pada sebelah muka seperti nak kebas, sakit di cuping telinga tak boleh sentuh sampai leher,badan belakang sebalah kiri rasa sakit lenguh sampai ke bahu dan tangan. semua sakit di sebelah kiri.boleh saya tahu ape yang perlu saya buat dan kenapa…t.kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipoglisemia
- Tekanan darah tinggi
- Transient ischemic attack
- Strok
- Ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan (electrolyte imbalance)
- Masalah saraf
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana keadaan anda ini memerlukan perhatian yang serius dan kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang serius dan mungkin dapat mendatangkan komplikasi sekiranya ia ditangani dengan lambat.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Usah lengahkan waktu dan sila berjumpa doktor sekiranya anda juga mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Gangguan penglihatan (visual disturbance)
- Masalah untuk bercakap (sebutan yang tidak jelas atau terlalu perlahan)
- Lemah separuh badan atau pada mana-mana anggota badan
- Pitam
- Tidak dapat bergerak
- Gejala yang disebutkan mengganggu aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.