
Sulit
3 tahun
Sakit selepas cabut gigi bongsu
Masih sakit walaupun hampir seminggu selepas cabut gigi bongsu. Semua ubatan hampir habis. Gusi bekas cabut juga berwarna kehitaman. Sakit sehingga ganggu tidur malam & semasa makan. Dan juga mengakibatkan sakit kepala. Ada cuba tuam dengan ais tapi tak berhasil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Hubungi doktor gigi untuk melegakan masalah gigi dan gusi anda.
Umumnya, kesakitan yang berterusan selepas gigi dicabut umumnya boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari proses ekstraksi, jahitan gusi atau tusukan bius. Ketiga-tiga fenomena in lazimnya hilang setelah beberapa jam hingga hari mengikut tiap individu. Anda boleh kembali ke pusat rawatan gigi anda sekiranya kehabisan ubat tahan sakit yang lazimnya diberikan setelah selesai operasi. Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu bahawa kesakitan yang berterusan atau agak lama boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi atau bengkak gusi
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Yang pasti ia juga boleh menandakan proses pemulihan yang masih di tahap awal, memandangkan setiap individu mempunyai kadar pemulihan yang berbeza.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).