
Sulit
5 tahun
SAkit seperti contraction masa mengadung
hi… saya wawa … umur 21 tahun… saya bru lepas melhirkan anak lelaki 5 bulan lepas… lepas saya berpantang… bulan seterusnya… tiada darh haid yg kluar… mungkin sebab saya menyusui anak… tali sekarang dah bulan ke 5… saya dtg period… tapi peut sayya sakittt sangat… lagi2 masa menyusu… kenapa ya doktor… dah lepas saya berpantang… perut saya x kecut… sekekap membesar… sekejap mengecill… tak tentuu… saya rasa sakit sangat kat perut ni… rasa macam kontraction time baby dlm perut… macam mna yaaa terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- jangkitan pada rahim
- ketumbuhan pada rahim
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.