Sulit
4 tahun
Sakit seperti senggugut
Hi doktor, Saya berumur 32 tahun, saya mempunyai masalah senggugut yg sangat sakit@teruk setiap Kali datang bulan…Dan semenjak bulan 7 yg lalu Saya Ada sakit seperti senggugut berpanjangan walaupun Masa tu haid Saya dah berhenti dlm seminggu…apa kah masalah sy ini serious?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, wanita yang mengalami senggugut teruk mungkin mengalami:
- Penyakit endometriosis atau adenomyosis
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan organ wanita
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD).
- Cyst Ovari
- Mittelschmerz atau sakit ovulasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.