Anonymous
6 tahun
Sakit tekak apabila menelan
Saya lelaki yang berusia 18 tahun.sakit tekak apabila menelan makanan dan minuman.malahan air liur saya telan pun sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui punca sakit tekak anda, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami juga memerlukan maklumat lanjut tentang sakit tekak anda, serta latar belakang kesihatan yang lain.
Sakit tekak boleh berpunca daripada pelbagai perkara:
Jangkitan kuman pada mana-mana bahagian tekak boleh menyebabkan sakit pada bahagian sepanjang saluran tekak
Luka atau radang akibat makanan keras atau terlalu banyak menggunakan suara
Radang tonsil atau radang tekak
Ketumbuhan pada saluran tekak
Anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
Gargle dengan air garam suam
Minum air suam
Minum air lemon dan madu
Menghisap lozenge
Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih




























