Sulit
6 tahun
Sakit tekak berpanjangan
Saya mengalami demam panas dan sakit tekak (bengkak tonsil) pada 6 minggu yang lepas dan telah dimasukkan hospital swasta. Dr mengatakan saya mengalami infeksi pada tekak. Setelah pulih tanpa demam, seminggu selepas itu, saya mulai sakit tekak dan kehilangan suara. Saya berjumpa semula dengan Dr yang sama, dan diberikan ubat antibiotik, dan saya pulih cuma masih lagi ada sedikit inflamasi di voice box saya. Setelah beberapa minggu saya merasakan sakit tekak semula, terutama waktu malam dan beberapa hari ini, seperti sakit dada. Bolehkah saya melakukan COVID test dirumah?
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Perkara yang anda alami ialah perkara yang sering berlaku selepas jangkitan kuman pada tonsil. Tempoh untuk ia pulih bergantung pada individu. Namun, jika anda risau tentang risiko jangkitan COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.




























