Sulit
6 tahun
Sakit Tekak Dan Batuk Beberapa hari
Assalam tuan dalam beberapa hari ini saya sakit trkak dan batuk. Makluman tuan sebelum ini saya ade demam tetapi cuma sehari, saya juga ada penyakit asma tapi jarang menyerang. Adakah saya perlu membuat test covid 19. Pada 4 mei yang lalu saya ada keluar rumah untuk menyelesaikan urusan penting. Saya juga seorang penjawat awam, saya juga risau jika saya bergejala dan membahaya rakan seker.serta keluarga saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Akan tetapi, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda meneruskan untuk tinggal di rumah sekiranya tiada urusan di luar. Patuhi arahan social distancing. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































