
Sulit
5 tahun
Sakit tekak dan sedang hamil 9 minggu
Hi doctor. Saya seorang wanita berumur 28 tahun dan sekarang hamil 9 minggu. Sekarang saya mengalami sakit tekak, adakah selamat untuk saya makan lozenges(strepsils or difflam) untuk mengurangkan sakit tekak. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat lozenges adalah ubat over the counter (OTC) yaitu tidak memerlukan preskripsi doktor. Justeru, risiko lozenges pada kehamilan tidak diketahui sepenuhnya. Akan tetapi, sakit tekak dapat disebabkan oleh banyak perkara. Justeru, adalah digalakkan untuk anda mendapatkan pemeriksaan dan perawatan untuk gejala tersebut.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.