soyasiti50
6 tahun
Sakit tekak, sakit telinga dan sakit gusi
Saya seorang pelajar dan sudah beberapa hari saya mengalami sakit tekak sehingga sukar untuk menelan air liur. 2 hari lepas, saya telah makan ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit tekak saya yang mana saya ingat berpunca daripada jerebu. Setelah makan ubat tahan sakit, sakit tekak saya mulai surut. Tetapi pada hari ini, setelah bangun dari tidur, saya terasa perit di tekak dan terasa sakit di bahagian telinga dan gusi. Adakah sakit saya ini berpunca dari jerebu atau ada infection?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Sebarang masalah pada tekak boleh menyebabkan kesakitan rujukan (referred pain) pada telinga dan gusi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























