
fatinnfantastic
4 tahun
Sakit tekak semasa hamil
Doktor. Apa perlu saya buat kalau saya sakit tekak semasa hamil. Doktor boleh terangkan lebih jelas? Saya nak makan ubat farmasi, tapi risau effect kat janin. Suami saya ada bagi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kesan pencemaran udara - seperti jerebu, asap rokok
- Jangkitan saluran udara
- Penyakit asid refluks (gastrik) yang sangat biasa pada waktu kehamilan kerana pertambahan berat
- Alahan - terhadap makanan ataupun kesan kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.