Sulit
3 tahun
Sakit telinga bahagian kiri, earwax chair sgt dan banyak, kadang kulit terkupas dkt bhgian luar lubang telinga
Hai doktor, saya dah berkali2 jumpa dgn dr utk masalah sakit telinga kiri, sblm ni pernah kena ear infection tapi dah setahun lebih. Dan skrg masih sakit. Sekarang muka sebelah kiri terasa kebas dan sakit bahagian dalam telinga. Kadang rasa pening dan ngilu. Kenapa ye dr? Apa perlu saya buat?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, saya tidak dapat memberikan anda cadangan untuk menghilangkan rasa sakit telinga anda kerana punca masalah perlu dikenal pasti supaya dapat memberikan diagnosis dan rawatan yang tepat dan sempurna.
Untuk pengetahuan andaa, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista (“cyst”)
- Abses atau nanah
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga yang anda alami mungkin serius sekiranya gejala berikut terjadi:
- Sakit telinga berterusan dan berpanjangan
- Keluar nanah
- Telinga bengkak dan kemerahan
- Kurang daya pendengaran
- Sakit yang mengganggu aktiviti harian
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya terdapat gejala gejala diatas, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.