
Anonymous
5 tahun
Sakit telinga kanak2 5 tahun
Anak saya berusia 5 tahun mengadu sakit telinga beserta demam. Setelah diperiksa doktor bgtahu ada bengkak dlm telinga. Antibiotik diberi. Tp anak sy amat sukar makan ubat. Ada tak antibiotik utk telinga yg jenis titis/drop?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, biasanya antibiotik jenis makan diberikan bagi membunuh kuman melalui salur darah dan ini adalah lebih berkesan berbanding ubat topikal seperti titis atau krim sapu. Anda amat disarankan untuk berusaha memberi anak anda makan ubat tersebut.
Namun begitu, sekiranya masih gagal, sila rujuk kembali kepad klinik berkenaan untuk rawatan alternatif. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.