
Sulit
5 tahun
Sakit tulang belakang sehingga tidak mampu berjalan, duduk dan baring secara normal setelah mengangkat nenek yang badan nya lebih besar daripada saya
Saya menjaga nenek yang sudah sakit tua di rumah. Badan nya agak besar dan saya yang akan menguruskan segala pergerakan bangun dan duduk nya kerana dia sudah tidak mampu untuk bangun sendiri. Semalam buat pertama kali nya saya sedang mengangkatnya ke wheelchair, tiba-tiba saya rasa kan kekejangan di tula g belakang saya. Saya cuba untuk bertahan namum setelah beberapa jam, saya rasakan terlalu sakit di bahagian hujung ekor tulang belakang dan ia menyebabkan saya tidak mampu berjalan, duduk dan baring dengan normal. Saya terpaksa jalan membongkok dan kaki kanan saya tidak mampu jejak ke lantai dengan sempurna. Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengalami patah tulang pinggul 5 tahun yang lepas dan pada ketika itu saya tidak dapat berjalan dan hanya terbaring di katil selama 2 1/2 bulan… sekarang saya cuba mengambil panadol untuk mengurangkan kesakitan. Apakah cadangan untuk meredakan kesakitan saya selain pengambilan panadol ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
- slipped disc
Memandangkan anda telah pun mengambil panadol namun tidak memberi kesan anda disarankan untuk merujuk ke klinik berdekatan lebih-lebih lagi jika anda tidak boleh bergerak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.