Anonymous
3 tahun
Sakit tulang belakang yg kerap
Sy wanita berumur 30tahun … Selepas bsalin secara pembedahan pada tahun 2015 … Sy mengalami skt d pinggang yg agk kerap … Boleh ke sy mkn ponstan ? @ ada ubt apa yg bersesuaian ? Apa kesan pngambilan ubt thn sakit yg kerap ?tq doc
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang. Antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral)
Berikutnya adalah kesan sampingan jika seseorang itu mengambil ubat tahan sakit :
• Sakit perut
• Kerosakan buah pinggang
• Ulser perut
• Lebih senang untuk mengalami pendarahan terutama sekali ubat aspirin
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih























