Sulit
2 tahun
Sakit tulang tunjang punggung
saya berusia 50 tahun kebelakanggan ini selalu sakit dibahagian tulang punggung ini menyebabkan saya berasa sakit dan tidak selesa apabila duduk.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegelisahan anda tentang sakit pada bahagian tulang punggung yang dialami lebih-lebih lagi ketika duduk. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakita pad kawasan tulang punggung atau tailbone boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- repetitive strain injury
- berat badan berlebihan
- faktor umur atau menopaus
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- kecederaan tulang
- jangkitan kuman
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.