
Sulit
4 tahun
Sakit urat di telinga
Saya lelaki berumur awal 20an baru-baru ni saya rasa sakit macam berdenyut-denyut kat telinga sebelah kiri saya bila saya dengar lagu pakai headphone ia datang sikit-sikit sakit denyutan tu bila bukak ia slow2 hilang .Adakah ia sakit telinga atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit telinga.
Penggunaan headphone atau earphone boleh menyebabkan gangguan kesihatan pada telinga seseorang. Getaran yang terlalu kuat dan berterusan pada gegendang telinga apabila headphone digunakan boleh menyebabkan seseorang mengalami sakittelinga dan berdesing. Penggunaan headphine yang berpanjangan juga boleh menyebabkan penghsailan tahi telinga yang berlebihan dan menyebabkan sakit berlaku. Mungkin juga headphone yang tidak bersih menyebabkan jangkitan kuman pada telinga.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berikut saya kongsikan tips untuk telinga kekal sihat dengan penggunaan headphone:
- Tidak menggunakan vlume yang tinggi
- Mengurangkan durasi penggunaan headphone
- Menggunakan noise-canceling headphones
- Menggunakan headphone atau earphone jenis di luar telinga supaya tiada sentuhan secara terus dengan lubang telinga
- Membersihkan headphone secara kerap
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya sakit yang anda alami mengganggu aktiviti seharian, sila berjumpa dengan Doktor untuk pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.