Sulit
2 tahun
Saliva test kit positif
Doc, sy dan anak2 bekas pesakit covid. Bulan 7 aritu baru kena covid. Tadi saya buat saliva test pada saya dan anak2. Result masih positif. Adakah itu virus lama yang masih ada dalam badan kami? Saya x pasti doktor. Saya ada terbaca artikel yang menyatakan virus akan ada dlm badan 3 ke 6 bulan. Bergantung kpd antibodi masing-masing. Tapi saya nak kepastian. Adakah ini virus lama atau pon virus baru. Saya risau.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini bukan kesan virus lama atau baru, cuma sisa virus yang belum dikeluarkan dari tubuh.
Sesetengah bekas pesakit covid setelah pulih boleh terus mendapat dikesan positif pada spesimen pernafasan atas seperti air liur untuk sekurangnya 3 bulan. Ini adalah sebab sisa virus yang mampu mereplikasi belum dapat dipulihkan dengan sepenuhnya. Namun, sisa virus ini tidak akan menyebabkan gejala baru atau menyebarkan jangkitan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi jabatan berkaitan, CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454; atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini