
Anonymous
5 tahun
Saluran Kencing Sakit? Automatik Cecair Mani or Nanah?
Saya Lelaki Bujang berumur 31thn dan mengalami masalah ternyata di atas secara tiba tiba dalam beberapa hari lepas. Adakah luka dalaman atau sejenis penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
keterangan yang anda berikan, gejala kencing tidak lawas beserta kepedihan boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran air kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada zakar
- Saluran air kencing tersumbat
- Jangkitan penyakit kelamin berjangkit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.