Sulit
5 tahun
Saringan Covid-19 untuk pekerja sektor pembinaan
Adakah pekerja di sektor pembinaan WAJIB melakukan pemeriksaan saringan Covid-19?
Saya selaku penyelaras yang telah di lantik oleh pihak syarikat untuk membuat penyelarasan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 di tempat kerja. Pada minggu lepas di dalam laporan yang saya kena hantar kepada JKKP,ada dinyatakan soalan pemeriksaan saringan tersebut dan pada minggu ini tidak dinyatakan soalan itu. Pekerja di syarikat ini belum menjalani pemeriksaan tersebut pada minggu lepas kerana masih dalam proses memohon yang telah disediakan oleh pihak PERKESO.Adakah pemeriksaan saringan perlu diteruskan juga?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Bagi urusan saringan di peringkat sektor pembinaan, anda perlu merujuk kepada pihak berkuasa kerana doktor hanya bertanggungjawab untuk menyaring golongan yang berisiko tinggi dan bergrjala. Untuk rujukan bagi kakitangan, anda boleh merujuk laman web ini. http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, sebarang prosedur berkenaan dengan pengurusan pekerja semasa wabak COVID-19 perlu dipatuhi mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Kami tidak dapat memberikan informasi lebih lanjut kerana kami di DoctorOnCall hanya membincangkan isu permasalahan kesihatan atau gejala yang dihadapi pesakit.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































