
Sulit
5 tahun
Saya akan ke medan pada minggu depan
Sekadar bertanya, apa saranan doc utk sy ke medan Indonesia? Adakah selamat di airport KLIA/medan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai wabak COVID19 yang berleluasa ini. Memandangkan virus ini sedang merebak terdapat risiko untuk dijangkiti jika berjalan ke mana mana negara yang mempunyai kes.
Namun, jika anda ingin berkunjung ke medan, anda boleh untuk mengurangkan risiko dengan melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala
Walaubagaimanapun, jika anda mengalami penyakit kronik, hamil dan mempunyai sistem imun yang rendah, anda tidak dinasihatkan untuk bekunjung ke mana mana negara yang mempunyai kes kerana anda berisiko tinggi menghidap penyakit tersebut.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini