
nuraishah333
2 tahun
Saya budak sekolah 17thun
saya budak wanita 17 thun . dalam 2,3hrii ini sayaa rasa sgt skit dkt leher . perlu ke sy risau ? . bengkk tak besar

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti :
- Ciri kesakitan
- Histori trauma sebelum sakit leher
- Tempat spesifik bengkak di leher (kiri/kanan/tengah) dan gangguan terhadap pergerakan leher
- Perubahan permukaan kulit di leher
- Simptom lain (Demam)
Secara umumnya, gejala yang anda alami mungkin disebabkan oleh:
- Trauma/Kecederaan pada bahagian leher
- Penyakit tiroid
- Ketidakseimbangan otot
- Postur yang tidak baik
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih